Monday 9 January 2012

Dream and dream again;)



Duduk kat rumah membuatkan kita bosan bosan dan bosan;) Fullstop, Sememangnya kita hidup penuh dengan impian, Just like I said,
 I AM A GOOD DREAMER for yesterday, today, tomorrow and forever end.
Actually, kita takpernah berhenti walau seketika pungg untuk memikirkan adakah kita mampu mencapai kejayaan. Hakikat , atau kenyataan terlalu berat untuk ditelan walau sekelumit habuk. Ya, mungkin kita pernah gagal satu ketika dahulu. Dan, kita harap bukan untuk selama lamanya. Tinggal satu peluang kita untuk memperbaiki hidup. Hidup, makna yang besar dan sukar diungkap oleh otak cetek manusia;P
Tapi takbermakna kita takboleh menghargai erti sebenar kehidupan kan kan? Yeah, hidup penuh pancaroba, penuh ranjau dan duri dan penuh tipu daya manusia yang mementingkan diri sendiri.
Kadang kadang penat nak mengharungi hidup yang tak begitu adil. tapi kita percaya mungkin akan ada sinar kejayaan dalam hidup kita. Kita bukan lah seseorang hamba yang taat pada penciptanya, tapi percayalah kita sentiasa cuba dan cuba untuk menjadi insan yang terbaik pada hari ini, esok, lusa, minggu depan, bulan depan, dan akhir sekali tahun hadapan. Mungkin ku rapuh dalam langkah, kadang tak setia kepadamu. Namun hanya dirimu yang bertahta dalam hatiku. Yang Maha berkuasa lagi maha Esa. 
Segala, perjalanan hidup ditentukan oleh-Nya. Kita percaya yang maha kuasa tidak pernah lalai dan selalu membantu hambanya. Hanya satu dalam fikiran kita, Mama dengan Ayah. Terlalu besar jasa mereka. Jujur, mungkin kita bukanlah anak yang baik untuk mereka tapi insyaallah kita sentiasa cuba untuk menjadi anak yang sentiasa berdoa untuk kebahagiaan didunia dan diakhirat untuk ibu yang telah bertarung nyawa untuk melahirkan kita dan dengan itu kita dapat terlahir didunia dan untuk ayah yang telah banyak mengorbankan tenaga agar kita dapat merasa nikmat seperti orang lain rasa.  
Kalau ada rezeki kita dapat keputusan yang dapat membanggakan mereka, Alhamdulillah Syukur padanya. Dan sekiranya kita dapat sambung belajar macam kakak kita Alhamdulillah jugak. Semuanya kita buat untuk Ibubapa yang tersayang.
Taklupa jugak kepada kawan kawan yang menerima diri kita seadanya. Kelas 5Dahlia begitu menyayat hati kita. Kekurangan diri kita minta dimaafkan. Kerana kita manusia biasa yang takpernah sempurna walau dalam apa apa hal sekali pungg;) 
Btw, Im Happy to be me;)
The end of the story, I am who I am, your opinion ist' needed.
the shit you hear about me might be true . then again , it could be as fake as the bitch who told you :) 



with sincere,
MAYA
*insan biasa, insan yang lemah, insan yang takberdaya, dan insan yang hanya penuh impian;)





Friday 23 December 2011

Thankyou For Everything;)


Happy Birthday Maya
Semalam 23.12.11, mereka mereka ni semua sambut hari lahir kita yang ke 17 tahun. Sweet 7teen lah kata kan. Walaupun sebenarnya hari ni yang hari lahir kita. Tapi kita faham diorang semua nak buat surprise lettuw. Hihi;) Nak tahu siapa mereka mereka tuh? Jom kita roll.


Ha ni lah mereka mereka tuh. Dari kiri Fatin, Ilya, Haida, Aziey dan yang duduk tuh Nazatul;) Diorang ni buat suspens je mula mula tahu tak? Okay, cerita bermula di mana kita tengah siap siap pakai eyeliner;) Then, adik saudara kata ada kawan kita datang, kita mula mula terkejut lah sebab ingat kan Nazatul yang datang sebab dia duduk satu Flat dengan kita;) Lagi pun dah janji dengan dia nak pegi sama sama dekat lrt sentul timur macam yang Haida suruh. Tapi tengok tengok Ilya dengan Fatin yang datang rumah kita. Kita pungg terkejut gila la tengok diorang. Ilya dengan Fatin ajak kita turun bawah kejap lepak kat taman sambil sambil tunggu kawan kawan yang lain. Kebetulan kita tak pakai baju lawa lagik, so kita kata lah kita nak tukar baju dulu then kalau diorang dah sampai terus pegi kan? Tapi Ilya dengan Fatin takbagi pulakk. "Eh, kita nak tukar baju lah, kita pakai baju buruk ni" kita kata kat diorang berdua then diorang balas "takpayah lah maya".Hahh, diorang memey ah pelakon terhebat yang boleh kalahkan Erra Fazira Wehh. Director tolong amik dorang berlakon, please!


Gila seronok macam ni tahu tak? Hihi, taktahu nak cakap ape lagi kat korang semua;) Thankyou for everything you all have done for me yeah?
Selepas dah habis sesi sesi ni semua kitaorang pungg bergerak lah pergi Wangsa Walk sebab memang dah rancang pung nak keluar dengan budak budak kelas 5D hari tuh, Tapi ramai yang takboleh keluar pulak. Almaklumlah nak dekat krismas ni;)
Btw, bila dah sampai kat perhentian teksi kat rumah kita ni, Ilya suruh kita tanya pakcik teksi tuh boleh ke nak pegi Wangsa Walk naik enam enam orang sekali. Kita pungg pergi lah tanya kan kan. "Pakcik kalau nak pergi Wangsa Walk boleh tak?" Pakcik tu jawab boleh. Then, kita sambung tanya lagik " Kalau naik enam orang boleh tak cik?" Ha, yang ni kita panas jugak lah. boleh pulak acik tuh marah marah "Mana boleh dik, enam orang tuh naik lori. tengok pakcik ni bawa lori ke?" Sakit hati kan dengar? Atleast jawab lah elok elok. Budi bahasa mana pakcik teksi Oi;;

WANGSA WALK
Sampainya tempat nih, kitaorang semua pergi serbu foodcourt lah ape lagik kan kan? Semua perut dah lapar gilak gilak wehh. Haha, kitaorang punya plan mula mula nak main bowling, karoke, dan lepak tutti Frutti. Ha, tapi main bowling terpaksa dibatalkan atas persetujuan semua orang. Kitaorang punn pergi lah Karoke. Karoke kitaorang amik dua jam je, taklama pung. Dekat karoke memang double best. Semua nya karok lagu favourite masing masing lah kan. Time akhir akhir karoke tuhh lagu jiwang jiwang semua sampai Ilya kata "Patutnya pilih lagu Rancak sikit kalau nak dekat habis ni" Masa pilih lagu memang beratur lah lagu kat senarai lagu kan kan? Semua orang dah pilih lagu. Ha, ada satu rahsia. Nak tahu? Ada kawan kita piching Ziana Zain. Huhh, Walaweh. Haha, Naktahu siapa? Fatin Qurratu Aini lerr. Hikhok, sorry Fatin.




Tutti Frutti;)
Lepas dah habis karoke karoke ni kitaorang semua lepak pulak kat Tutti Frutti<3
Ha, okay Meh sini kita bagi tahu harga harga masing masing Yek? Ha yang palin mahal Fatin punya. Harga dia RM11 something. Kita punya dapat title second paling mahal harga RM 10.60. Ketiga pulak Nazatul punya RM 8 something. Keempat antara haida dengan Ilya yang berharga RM6 something. Last sekali untunglah yang paling murah sape lagi kalau tak Aziey kan kan. Harga die RM5 something;)






Seronok gila semalam korang;) Satu lagu yang kita paling suka semalam ku juga mencintaimu yang Aziey nyanyi kan tuh;) Memey mengasyikkan;)
terima kasih tau untuk segalanya yang korang plan;)
thankyou a lot;)

The end of the story, kita harap friendship kita semua berpanjangan dan akan berkekalan selama lamanya. Ya, gembira berkawan dengan korang;) Untuk apa yang korang dah buat 1001 kata terima kasih kita kat korang;)


with sincere,
MAYA
*Berkasih biar satu, berkawan biar beribu;)
Tapi hanya kawan yang sejati akan sentiasa berada disamping kita dalam susah mahupun senang;)
Diwaktu kawan kita senang kita selalu ada bersamanya, tapi dikala dia kesusahan janganlah kita pergi begitu saja tanpa menawarkan pertolongan<3


Sunday 18 December 2011

Indah kau Terindah Untukku;)

Cerita bermula apabila tahun 2010 mula membuka tirai dan tahun 2009 menutupkan harinya.
Kitaorang semua mula berganjak umur menjadi 16 tahun masa tuh.
This is all about 5Dahlia 2011
Pada mulanya, kitaorang memang tak rapat macam kelas 5Cempaka yang sentiasa bekerjasama dan bersatu padu dalam apa apa hal yang mereka lakukan.
Tapi bukan bermakna kitaorang pungg takbole jadi macam mereka kan kan? Takboleh dinafikan memang ramai cikgu selalu puji kelas 5Cempaka terutamanya Puan Mastura lah. Haha;)
Puan Mastura Cikgu BM kitaorang. Banyak ilmu yang dia turunkan dan nak tahu satu hal? Puan Mastura seorang yang tegas dan dia suka berkongsi cerita dengan kitaorang. Takkisah lah cerita apa pun akan dia kongsi bersama kami kami semua.
Ada satu hari tuh, kelas Puan Mastura seorang kawan ni nama dia Haida tanya dekat cikgu macam mana nak mengorat lelaki. Then, cikgu pun jawab lah. Nampak tak? Cikgu Mastura memang syok;D

 Ha, ni baru permulaan gambar 5Dahlia. Kelas kitaorang memang takpernah ada kata sepakat dalam perbincangan, asyik asyik bertengkar bertengkar. Tapi percayalah kata orang kalau benci akhirnya sayang kan? Itulah yang terjadi. Masa Majlis Mohon Restu sempena SPM tuh baru lah kami sedar yang kami akan sentiasa memerlukan antara satu sama lain. Teresak esak jugak lah kami menangis meminta maaf dengan kawan kawan sekelas;)
5Dahlia taklah sehebat kelas yang lain, tapi kitaorang ada cara kitaorang sendiri. Bukan nak Riak lah tapi takpercaya bila Puan Mastura kata kelas kitaorang semua baik baik belaka. Tergelak tak korang korang semua? Ha, nak terkeluar medulla oblongata tahu tak?


Yang tengah tengah tuh guru kelas kitaorang, Puan Pamela;) Puan Pamela nih comel gilak, sporting sangat dan dia suka membantu bantu anak murid yang dalam masalah;) Kadang kadang tuh dia pelik pelik jugak dengan perangai Faradila. Faradila ni memang killer kelas 5Dahlia. Orangnya taktahu duduk diam macam kat kerusi dia tuh ada paku tahu tak? Mulut dia "memey Ah" takpernah nak berhenti bercakap. Kejap kang nampak dia kat belakang kejap kang kat depan. Suka sangat merayap rayap satu kelas tuh.
Faradila nih memang suka buat kelaka, kadang kadang rasa nak ketuk kepala dia pungg ada jugak *Jangan marah eh fara?
Okay tutup cerita pasal Faradila.


 SURPRISE ! Ha, time ni masa 2010. Kitaorang semua hangout ramai ramai pegi Mid Valley;)
Memang syok masa tuh, kitaorang semua main boling sebab ingat kan nak tengok wayang tapi disebabkan SYAHIRA ALIA dengan AMELIA SUZANNE lambat so kitaorang semua kena tunggu diorang sampai dulu. Apa kes lambat ni ha alia and Amy? Kitaorang sempat makan lagi sambil tunggu orang sampai. Ha, masa kitaorang pegi Mid ni lah kita jumpa dengan Adik Fimie Don. Okay dia memang comel. Comel sangat sangat. Tapi sekarang ni dia dah tinggi gila. Dan dia pungg dah semakin  membesar. Ah, takkesah lah.
Pasal main boling ni takingat lah siapa menang. Kita rasa kita yang menang kot. Rasanya lah;) Taktahu betul ke tak. Lagi pungg kita ni Champion Boling dekat kampungg dulu dulu *Kampung mana tah tak tahu lah kan. Padahal kampung dekat selangor je pungg.
Sikit je orang yang keluar masa ni sebab yang lain semua ada hal, takpe takpe janji kita happy masa tuh;)


Kelas bahagia kan kitaorang ni? Masa ni jamuan makan;) Kitaorang semua bawa banyak gila makanan. Yang paling penting ASYIQIN menaja makanan Piza you!
Haha, pizza mak dia buat memey sedap ah;)
Thankyou ekin<3
Hari hari kitaorang dalam kelas penuh dengan gelak ketawa, suka duka dan banyak lagi perasaan yang mengharukan;)
Bila dah naik tahun 2011, Kitaorang saling bantu membantu dalam pelajaran dan saling mengingati antara satu sama lain;)
Betul, kitaorang memang banyak study masa tahun ni, dah takingat benda lain semua 5D hanya mahukan kejayaan kan kan?
Kita yakin yang kita semua akan dapat kejayaan, dan melanjutkan pelajaran. Kawan kawan. ingat apa yang Miss Rohaiza cakap. Memang lah korang taksuka dengar bebelan dia. Tapi korang jangan lah amik kira tuh. Disebalik perkara yang dia banyak cakap tuh tersirat makna yang tersirat;) Semua yang Miss Rohaiza cakap semuanya betul kawan kawan<3
Kadang kadang dengan mendengar Miss Rohaiza berhujah, diri kita eh. Kita, Maya ni rasa macam tersedar tau yang peluang kita untuk berjaya tinggal sekali ni je lagi. Jangan bila nasi dah jadi bubur baru tersedar eh kawan kawan? Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna<3
Ya, kita harap sangat sangat yang kita semua akan berjaya. Kita yakin yang 10 tahun akan datang kita semua jumpa balik mungkin di antara korang dah jadi Lawyer, akauntant bertauliah, designer yang kreatif dan banyal lagi bidang bidang yang hebat hebat;)
Of course lah kita sendiri nak jadi accountant kan, tapi tengoklah nanti kan kan?
bila yang tertulis untukku
adalah yang terbaik untukmu
kan kujadikan kau kenangan
yang terindah dalam hidupku
namun takkan mudah bagiku
meninggalkan jejak hidupku
yang tlah terukir abadi
sebagai kenangan yang terindah
Setakat ini je yang termampu;) Budak 5Dahlia jangan lupa kita Eh?
Okay;)
Mungkin kadang kadang kita akan terlupa tapi kenangan yang pernag kita alami bersama akan tetap terpatri didalam hati dan akan tetap menjadi siulan di hari hari muka;)
Untuk kesalahan yang pernah kita lakukan dekat kitaorang, seribu satu kata maaf kita ucapkan dan harapnya kita akan saling berhubung antara satu sama lain eh eh?
 The end of the story, yang indah jadi kan pedoman yang buruk jadi kan teladan.
with sincere,
MAYA
*beribu bintang dilangit kini menghilang, meraba aku dalam kelam, rembulan mengambang kini makin suram, pudar ilhamku tanpa arah;)   




Saturday 17 December 2011

Good Luck;)


Okay, takda peraturan kan yang kena update blog sekali je sehari? So kita update je lah lagi;) Hoho;D
Malam ni just ni say Gudluck untuk budak budak Pmr sempena result mereka yang akan keluar taklama lagi. Korang mesti tengah menghitung hari kan? Alah, macam lagu Krisdayanti ekk? Whatever lah. Yang pentingnya korang percaya pada diri dan terima apa sahaja yang dapat. Mungkin nanti akan ada dua perasaan yang terlintas, macam orang ramai cakap. Ada dua situasi di mana kita menangis kerana terlalu gembira dan kita akan menangis kerana menyesal. Diharapkannya korang adik adik akan menangis kerana terlalu gembira kerana melihat keputusan yang cemerlang dan dapat membangga kan kedua orang tua;) Wish you the best;)
Oh, beruntung lah korang. Ambil result nanti bukan birthday korang la kan kan? Sekadar nak kongsi pengalaman dulu dulu, nak tahu ape? Masa tahun 2009, masa kita Pmr lah. Result tu boleh pulak dia nak keluarkan pada hari lahir kita yang ke 15 masa tuh;) takbole tahan kan? Ye, tarikh yang amat menakutkan ialah 24.12.2009, actually takda lah takut mana tapi yelah dulu masa budak vudak lagi kan? Jantung ni rasa macam nak terkeluar je dari dalam badan tahu tak? Pagi 24.12.2009 tu first first nak pegi ambil result dengan ayah tapi nasib baik lah kawan ajak pegi sama. So, hilang sikit rasa takut sebab ayah takjadi pegi sama sama kat sekolah;) Jadi, kita dengan NAZATUL IDAYU pungg pegilah sekolah naik bas. Kitaorang dtg lambat sikit masa tuh. Terlepas lah nak dengar nama nama budak yang dapat straight A;) Tapi kitaorang terus ke pegi dekat guru kelas dan ambil result tuh. Bila tengok result memang lah dah expect akan dapat macam tuh sebab terlalu main main. Almaklumlah darah Muda. Cewahh;D
Tapi naik fom 4 kita akan sedar dengan sendirinya akan kepentingan masa depan;) Maka dengan itu ingatlah bahawa kita yang menentu kan masa depan dan kebahagiaan yang akan datang dalam hidup kita;)
Of course lah semua orang mengimpikan masa depan yang cerah kan kan? Peluang kita tinggal yang terakhir je ni, SPM<3
SPM hari tuh kita rasa dah buat yang termampu, memang sangat sangat mengharapkan kejayaan dan tempat dalam ipta.
Dan berharap jugak kawan kawan 5DAHLIA jugak akan berjaya seperti apa yang mereka hajati.
Semua orang ada impian sendiri kan? So, I REALLY REALLY WANT A MOST BEAUTIFUL SUCCES IN MY LAST CHANCES;) Inilah peluang terakhir untuk kita tebus kegagalan dulu
Dan lagi satu, masa pmr dulu kita pernah kecewa kan perasaan kedua ibubapa. Mama dengan ayah sangat sangat mengharapkan kita berjaya masa pmr dulu. Kita tahu diorang kecewa, tapi diorang cuma taknak tunjuk depan kita sebab kita tengah sedih masa tuh. Memanglah sedih kan kalau kita menangis kerana menyesal? Harap keputusan SPM nanti keluar dengan keputusan yang sangat mengagumkan;P
 The end of the story, takperlu ikutkan khayalan duniawi semata mata kerana itu hanyalah sementara walhal lagi menghanyutkan kita sendiri dan akan membuat kita menyesal dipenghujung hari.


with sincere,
MAYA
*setiap orang ada rezeki sendiri untuk berjaya, kita perlu berdoa diiringi usaha yang gigih dan diakhiri dengan tawakal kepada Allah Swt.
  

Friday 16 December 2011

Lebih Dari Itu;)


Persahabatan begitu indah sekiranya kita menyemai perasaan saling memahami. Tatkala itulah kita akan merasa segala kenikmatan menjalani hubungan yang dikenali sebagai PERSAHABATAN.
Kawan ada dikala kita memerlukannya. Begitulah juga bagaimana kita mesti ada dikala sahabat kita memerlukan seseorang yang dianggap kawan.
Lagi indah hubungan persahabatan itu jikalau kita menghadiahi mereka dengan kesetiaan dan sentiasa menjadi perlindung dikala mereka berada dalam situasi yang genting.
Biarlah apa orang nak kata, yang penting kita percaya kepada diri kita dan sentiasa memastikan kita berada pada jalan yang benar dan berwaspada dalam setiap tindakan yang kita ambil.
Janganlah kita jadi kawan makan kawan ataupun gunting dalam lipatan.
Sekiranya kita tidak boleh menghargai makna persahabatan maka GO AWAY and dont ever again you say that they are your truely bff;)
Yes, I do have many other friends. But why only three of them pictures? because they are special and most unusual for me;)
Moreover, introduce them is Azizatul Ashikin Asril, Nurul Ilya Amera Abas, and Nurul Haida Che Lah;) Name of the letters are arranged in a sequence;)
AZIZATUL ASHIKIN ASRIL
Seorang yang sangat kelakar dan dia baik baik baik hati.
Okay kalau dengan dia ni memey ah;) Kitaorang akan selalu selalu sangat bergaduh gaduh pasal pemain pemain bola. Okay, dulu tuh dia minat kat safee sali, tapi sekarang dia pungg nk berubah angin kepada Syahrul Azwari. Kita pun panggil dia syahrul Azwari lah. Guest  what? Ha, dia panggil kita Muslim Ahmad @ Fadhli Shas lah;) Sebab memey itu pungg yang kita minat. Kalau dengan Azi ni memang akan tergelak gelak 20 puluh empat jam tanpa berhenti. Nak dipendek kan cerita lah dia lah mesin ketawa kitaorang;)
NURUL ILYA AMERA ABAS 
Okay, masa bulan Julai yang lalu kitaorang semua ada buat surprise kat ilya untuk birthday party dia. Walaupun cuma dekat taman titiwangsa tapi sangat meriah kerana apa? Sebab kitaorang masukkan dengan nilai kasih sayang;) Ceh ceh, nak tahu? Kalau tengok ilya ni dia memang boleh jadi model;) So agensi modelling tolong ambil dia casting please:) HAHA, nanti dia marah pulak. Sebenarnya ilya ni nampak je macam takda perasaan(macam yang haida kata lah) tapi dia sangat memahami orang, dan dia sebenarnya taklah sekeras mana sebab hati dia lembut jugak. Dia memang aktif dalam sport. Itulah pasalnya dia slim jekk. Almaklumlah dia pernah jadi Olahragawati CS;)
NURUL HAIDA CHE LAH
Haida ni pulak memang suka suka sangat gelak gelak, ada ke patut dia dengan Azi berkomplot ketawa kan cara kita gelak. Haishh, pastu dia kata dia pun dah terikut ikut cara kita gelak. Haha, Haida sangat merendah diri dan dia ada cara dia sendiri dalam menyelesaikan apa pun masalah;) Kadang kadang tuh dia dengan Azi kalau dah bergabung jadi gamat lah suasana;) Haida ni penuh dengan kejutan dan korang takkan expect pun dia akan lakukan sesuatu yang dahsyat. Kerana dia adalah Orang yang penuh MISTERI;) Hoho, Ada satu hari tuh kita main mesej dengan dia then kita tanya lah dia bila nak keluar sama sama dengan budak kelas(AMELIA SUZANNE) lepas tuh dia kata "masa 24.12 birthday siapa lah tuh"
*SMILEY, GEMBIRA, RIANG RIA, TERLOMPAT LOMPATLAH
 sebab 24.12 tuh birthday kita, then kita pung tanya lah eh betul ke ni? Nak tahu dia jawab apa? 
"Betul lah, ha bawa baju lebih nanti kitaorang nak baling tepung, ahha"
Kita pung takda lah percaya sangat koz belum tentu semua kawan setuju kan kan? Then dia kata "Eh, ORANG YANG NAMA HAIDA TAK PERNAH MAIN MAIN;)
Penuh misteri kan die tuhh? kan kan? Ya, memang kitaorang berempat guna panggilan KITA KITA ni;) Kitaorang taknampak itu menyusahkan orang lain pun.
The End of the story, hargai apa apa yang berada disekeliling kita kalau tak kita akan kehilangannya;)
KAWAN TETAP KAWAN KERANA KAWAN TIDAK PERNAH LALAI MENJALANKAN PERANANNYA;)

THE END


with sincere,'
MAYA
*kawan sejati takperlu dicari kerana ia akan datang dengan sendirinya;) Percayalah.


Thursday 15 December 2011

Seribu Satu Makna;)


Hubungan kitaorang hanyalah sekadar saudara mara
 Tapi yang pasti kitaorang selalu bersama walau dimana jua
Yang lelaki tuh nama dia Awi, abang saudara yang kadang kadang sedikit perasan dan paling penting dia suka usha usha awek lah
Hhaa, is it funny isnt?
Okay, yang tengah tuh Zeda. Best beloved Cousin<3
Dia sangat memahami kita dan berada dengan dia terasa sangat menarik.
Hari hari kitaorang dipenuhi dengan rasa kegembiraan dan kasih sayang yang mendalam.
Infact, kitaorang jarang jumpa tapi diorang amat BEST<3
Takpeduli apa orang nak kata, kitaorang sentiasa meneruskan hidup dengan cara kitaorang sendiri.
Truely, diorang terhebat dan termanis
And Lastly but not least, yang hujung sekali mesti lah I kn kn? Maya Harun;)
Kita hanyalah bersederhana dalam kehidupan dan cuba sentiasa tersenyum dalan menjalani rutin harian agar dapat menggembirakan orang di sekeliling.
Terutama kedua Ibu bapa, Mama dengan Ayah.
I want they be proud of me and one day I will make sure Im gonna be a usefull Child.
The End


With Sincere,
MAYA
*Awie Molok, Zahida Daud, Maya Harun

 

Thursday 1 December 2011

New One ;)


Hai, I'am Maya Harun

Firts and foremost, baru buat blog ni.

More detail, update later;) Trying to adjust with this blog