Friday, 23 December 2011

Thankyou For Everything;)


Happy Birthday Maya
Semalam 23.12.11, mereka mereka ni semua sambut hari lahir kita yang ke 17 tahun. Sweet 7teen lah kata kan. Walaupun sebenarnya hari ni yang hari lahir kita. Tapi kita faham diorang semua nak buat surprise lettuw. Hihi;) Nak tahu siapa mereka mereka tuh? Jom kita roll.


Ha ni lah mereka mereka tuh. Dari kiri Fatin, Ilya, Haida, Aziey dan yang duduk tuh Nazatul;) Diorang ni buat suspens je mula mula tahu tak? Okay, cerita bermula di mana kita tengah siap siap pakai eyeliner;) Then, adik saudara kata ada kawan kita datang, kita mula mula terkejut lah sebab ingat kan Nazatul yang datang sebab dia duduk satu Flat dengan kita;) Lagi pun dah janji dengan dia nak pegi sama sama dekat lrt sentul timur macam yang Haida suruh. Tapi tengok tengok Ilya dengan Fatin yang datang rumah kita. Kita pungg terkejut gila la tengok diorang. Ilya dengan Fatin ajak kita turun bawah kejap lepak kat taman sambil sambil tunggu kawan kawan yang lain. Kebetulan kita tak pakai baju lawa lagik, so kita kata lah kita nak tukar baju dulu then kalau diorang dah sampai terus pegi kan? Tapi Ilya dengan Fatin takbagi pulakk. "Eh, kita nak tukar baju lah, kita pakai baju buruk ni" kita kata kat diorang berdua then diorang balas "takpayah lah maya".Hahh, diorang memey ah pelakon terhebat yang boleh kalahkan Erra Fazira Wehh. Director tolong amik dorang berlakon, please!


Gila seronok macam ni tahu tak? Hihi, taktahu nak cakap ape lagi kat korang semua;) Thankyou for everything you all have done for me yeah?
Selepas dah habis sesi sesi ni semua kitaorang pungg bergerak lah pergi Wangsa Walk sebab memang dah rancang pung nak keluar dengan budak budak kelas 5D hari tuh, Tapi ramai yang takboleh keluar pulak. Almaklumlah nak dekat krismas ni;)
Btw, bila dah sampai kat perhentian teksi kat rumah kita ni, Ilya suruh kita tanya pakcik teksi tuh boleh ke nak pegi Wangsa Walk naik enam enam orang sekali. Kita pungg pergi lah tanya kan kan. "Pakcik kalau nak pergi Wangsa Walk boleh tak?" Pakcik tu jawab boleh. Then, kita sambung tanya lagik " Kalau naik enam orang boleh tak cik?" Ha, yang ni kita panas jugak lah. boleh pulak acik tuh marah marah "Mana boleh dik, enam orang tuh naik lori. tengok pakcik ni bawa lori ke?" Sakit hati kan dengar? Atleast jawab lah elok elok. Budi bahasa mana pakcik teksi Oi;;

WANGSA WALK
Sampainya tempat nih, kitaorang semua pergi serbu foodcourt lah ape lagik kan kan? Semua perut dah lapar gilak gilak wehh. Haha, kitaorang punya plan mula mula nak main bowling, karoke, dan lepak tutti Frutti. Ha, tapi main bowling terpaksa dibatalkan atas persetujuan semua orang. Kitaorang punn pergi lah Karoke. Karoke kitaorang amik dua jam je, taklama pung. Dekat karoke memang double best. Semua nya karok lagu favourite masing masing lah kan. Time akhir akhir karoke tuhh lagu jiwang jiwang semua sampai Ilya kata "Patutnya pilih lagu Rancak sikit kalau nak dekat habis ni" Masa pilih lagu memang beratur lah lagu kat senarai lagu kan kan? Semua orang dah pilih lagu. Ha, ada satu rahsia. Nak tahu? Ada kawan kita piching Ziana Zain. Huhh, Walaweh. Haha, Naktahu siapa? Fatin Qurratu Aini lerr. Hikhok, sorry Fatin.




Tutti Frutti;)
Lepas dah habis karoke karoke ni kitaorang semua lepak pulak kat Tutti Frutti<3
Ha, okay Meh sini kita bagi tahu harga harga masing masing Yek? Ha yang palin mahal Fatin punya. Harga dia RM11 something. Kita punya dapat title second paling mahal harga RM 10.60. Ketiga pulak Nazatul punya RM 8 something. Keempat antara haida dengan Ilya yang berharga RM6 something. Last sekali untunglah yang paling murah sape lagi kalau tak Aziey kan kan. Harga die RM5 something;)






Seronok gila semalam korang;) Satu lagu yang kita paling suka semalam ku juga mencintaimu yang Aziey nyanyi kan tuh;) Memey mengasyikkan;)
terima kasih tau untuk segalanya yang korang plan;)
thankyou a lot;)

The end of the story, kita harap friendship kita semua berpanjangan dan akan berkekalan selama lamanya. Ya, gembira berkawan dengan korang;) Untuk apa yang korang dah buat 1001 kata terima kasih kita kat korang;)


with sincere,
MAYA
*Berkasih biar satu, berkawan biar beribu;)
Tapi hanya kawan yang sejati akan sentiasa berada disamping kita dalam susah mahupun senang;)
Diwaktu kawan kita senang kita selalu ada bersamanya, tapi dikala dia kesusahan janganlah kita pergi begitu saja tanpa menawarkan pertolongan<3


1 comment:

  1. wah...hahhaha.gle ah maya.
    best dowh. thun dpn tak pakai tepung da tau.pakai gula+garam plakk.hehehehe nurulhaidachelah tak pnh main2..seorang yg misteri tau.hahaha thx a lot coz sporting time kne tepung smlm.hehe ily!

    ReplyDelete